Sunday, 12 July 2009

Subconcious mind , minda separa sedar

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.

Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…

Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!

No comments:

Post a Comment