Sunday, 12 July 2009

minda positif

Bila kita ada minda yang positif, peribadi yang positif secara sendiri nya kita akan kuat umpama besi waja, kena bakar dengan api pun steady je. Semakin menghadapi cabaran hidup, dugaan, ujian kritikan semakin teguh kita rasakan.

Tapi sebalik nya andai kita tidak kuat, alamat nye seperti timah atau lilin. Apabila terkena api maka hancur lebur lah. Apabila cabaran mendatang maka bekecai la.

Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat kita. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, tapi dengan minda yang positif macam-macam idea yang mengejut akan kita hasilkan. Semakin tercabar, semakin gagah.

Sebenarnya begini, apabila kita berfikiran negatif. Kita akan sentiasa mencari pelbagai alasan, mengatakan yang itu tak boleh, yang ini tidak kena. Dan akhir nya kejayaan yang anda inginkan tidak kesampaian. Kerana terdapat banyak sangat halangan di dalam minda.

Betul kan. Ok ok jangan risau. Ada caranya nak jadi diri anda positif.

Nak mengekalkan sikap minda positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk.

InsyaAllah sikap yang beterus terusan ini menghasilkan kuasa minda yang cukup kuat, semakin anda tercabar, semakin kuat diri anda.

Wasalam

No comments:

Post a Comment