Sunday, 12 July 2009

The 7 Habits of Highly Effective People

Buku ini adalah buku Stephen R. Covey yang bertajuk 7 Habits of Highly Effective People. Buku ini adalah sebuah buku motivasi terlaris yang telah berjaya dijual sehingga 15 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing.

Stephen Covey ini boleh diiktiraf sebagai seorang pengajar atau pembimbing yang begitu berjaya dalam era ini kepada ribuan malahan jutaan orang. Bagi orang yang gemar membaca, buku ini adalah tajuk yang sering didengari oleh mereka dalam membantu memotivasikan diri sendiri.

Beliau berjaya membuka 128 cawangan syarikatnya di sekitar Amerika Utara dan 30 cawangannya yang lain di seluruh dunia. Beliau menerusi syarikatnya berjaya melatih dan memotivasikan hampir 750 ribu orang pekerja saban tahun. Latihan motivasi ini dilakukannya sejak buku ini diterbitkan pada tahun 1989 dan masih tidak terhenti penjualannya hingga kini.

1. PROAKTIF (Be Proactive)

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. MULA DENGAN WAWASAN DI ALAM MINDA (Begin with the End In Mind)

Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. DAHULUKAN YANG UTAMA (First Things First)

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. FIKIKAN MENANG-MENANG (Think Win/Win)

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. BERUSAHA FAHAMI LEBIH DAHULU BARULAH MEMAHAMINYA (Seek First to Understand, Then to be Understood)

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. SEPADUKAN USAHA (Synergize)

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. ASAHLAH GERGAJI BAGI TAJAM (Sharpen the Saw)

Ini adalah falsafah yang perlu dilakukan dalam mempertajam dan memahirkan diri dalam apa jua keilmuan dan juga bidang yang diceburi.

Pada ungkapan ini tidak tergambar ilmu untuk jalan dunia saja, tetapi juga untuk bekal akhirat. Adalah suatu keharusan untuk mempertajam ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat, bila tidak ingin ilmu tersebut hilang.

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa. Buku ini menarik untuk di baca dan sesuai untuk djadikan sebagai rujukan motivasi diri.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment