Sunday, 29 March 2009

PAPER 3 Speaking Role Play Card One

Calon: Anda
Guru: Pengurus asrama muda/mudi

Anda telah membuat tempahan untuk diri anda dan sekumpulan kawan di sebuah asrama muda/mudi
di Malaysia. Anda tiba di asrama tersebut.
1 Beritahu anda siapa dan terangkan bahawa anda telah membuat tempahan untuk diri anda dan
sekumpulan kawan menerusi telefon.
2 Beritahu berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan dalam kumpulan anda.
3 Jawab soalan itu.
4 Tanya mengenai kemungkinan anda makan malam di asrama itu pada malam itu.
5 Anda dan kawan-kawan anda datang dengan basikal dan anda ingin tahu di mana anda boleh
simpan basikal. Bagaimanakah soalan anda?


B
Calon: Anda
Guru: Jurujual
Pada hari ulang tahun anda, kawan anda telah menghadiahkan sehelai baju sejuk untuk anda, tetapi
baju sejuk ini terlalu kecil. Anda pergi ke kedai itu untuk menukarnya.
1 Balas ucapan jurujual itu dan beritahu bahawa anda mahu menukar baju sejuk.
2 Jelaskan bahawa kawan anda membelikannya untuk hari ulang tahun anda – jelaskan
masalahnya.
3 Jelaskan siapa yang menyimpan resit itu dan juga bahawa anda tidak mahu wang dipulangkan.
4 (Anda tidak suka kuning!) Jawab dengan sopan. Apakah yang anda harus kata? Fesyen lain?
5 Beri jawapan yang sesuai dan kemudian ucapkan terima kasih kepada jurujual di atas
bantuannya.


A
Calon: Anda
Guru: Kawan Melayu
Anda menelefon kawan anda untuk menjemputnya pergi ke panggung wayang bersama anda.
1 Beri salam dan jemputnya untuk pergi ke panggung wayang bersama anda.
2 Beritahu bila anda mahu pergi ke panggung wayang (hari dan masa).
3 Beritahu jenis filem yang anda mahu menonton.
4 Beritahu pukul berapa filem itu bermula.
5 Beritahu di mana anda akan menemuinya.


B
Calon: Anda
Guru: Jurujual
Pada hari ulang tahun anda, kawan anda telah menghadiahkan sehelai baju sejuk untuk anda, tetapi
baju sejuk ini terlalu kecil. Anda pergi ke kedai itu untuk menukarnya.
1 Balas ucapan jurujual itu dan beritahu bahawa anda mahu menukar baju sejuk.
2 Jelaskan bahawa kawan anda membelikannya untuk hari ulang tahun anda – jelaskan
masalahnya.
3 Jelaskan siapa yang menyimpan resit itu dan juga bahawa anda tidak mahu wang dipulangkan.
4 (Anda tidak suka kuning!) Jawab dengan sopan. Apakah yang anda harus kata? Fesyen lain?
5 Beri jawapan yang sesuai dan kemudian ucapkan terima kasih kepada jurujual di atas
bantuannya.


B
Calon: Anda yang sedang melawat Maria
Guru: Ibu/bapa Maria
Semasa tinggal di rumah kawan anda, Maria, di Malaysia, anda menganjurkan sebuah majlis ulang
tahun untuk Maria. Ibu bapa Maria pulang dan terkejut dengan apa yang mereka lihat...
1 Jelaskan apa yang anda telah lakukan (untuk mengambil hati Maria).
2 Jawab soalannya dan kemudian cuba beri jaminan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik
(tidak ada apa yang pecah, tidak ada apa-apa kejadian buruk).
3 Jelaskan apa yang anda lakukan di ruang tamu dan di dapur.
4 Cadangkan sesuatu. Apakah yang anda akan lakukan?
5 Minta maaf sekali lagi dan katakan apa yang anda akan buat esok untuk menggantikan pizza.


B
Calon: Anda
Guru: Pengarah kem percutian
Anda sedang mencari pekerjaan semasa bercuti. Anda menelefon sebuah kem percutian untuk kanakkanak
di Malaysia.
1 Beri salam kepada pengarah itu, perkenalkan diri anda dan beritahu mengapa anda
menelefonnya.
2 Beritahu umur anda dan kemudian jelaskan bahawa anda pernah bekerja sebagai ketua
kumpulan di sebuah kem percutian. Katakan bila dan di mana.
3 Beritahu bahawa anda suka bergaul dengan kanak-kanak dan berikan 2 contoh kegiatan yang
anda lakukan secara tetap yang melibatkan kanak-kanak.
4 Berikan 2 sifat yang anda rasakan perlu untuk bekerja dengan kanak-kanak.
5 Beritahu bila anda boleh mula bekerja dan untuk berapa lama.


2
0546/3 (RP) M/J/02
A
Calon: Anda
Guru: Tuan punya restoran
Semasa bercuti di Malaysia, anda menelefon sebuah restoran untuk menempah meja untuk diri anda
dan keluarga anda.
1 Berikan salam kepada tuan punya restoran dan beritahu apa yang anda ingin buat.
2 Jawab soalan itu.
3 Beritahu hari dan masa anda mahu membuat tempahan itu.
4 Berikan nama anda dan ejaannya. Kemudian berikan nombor telefon anda.
5 (Anda akan tiba dengan kereta.) Tanya satu soalan mengenai tempat meletak kereta.

No comments:

Post a Comment