Sunday, 29 March 2009

MAY/JUNE SESSION 2002

Exercise 1 Questions 1–6
Pilih jawapan yang betul untuk soalan-soalan di bawah ini:
1 Alan dan Rama mengulangkaji untuk peperiksaan mereka dalam masa dua bulan lagi.
Mereka selalu belajar bersama di…

  • perpustakaan
  • arkib negara
  • kolam renang
  • ibu pejabat pos
2 Waktu semasa matahari tenggelam dipanggil waktu…
  • subuh
  • fajar
  • tengah hari
  • senja
3 Salah satu daripada jawapan di bawah ialah pengangkutan awam:
  • kereta api
  • basikal
  • kereta
  • motosikal
4 Anda mahu makan makanan berdaging, pilih makanan pilihan anda di bawah:
  • sayur kobis
  • pisang goreng
  • kari ikan
  • rendang lembu

5 Imran berkahwin dengan Asiah. Ibu dan bapa Asiah ialah…
  • iparnya
  • mertuanya
  • menantunya
  • sepupunya

6 Kalau hari ini hari Sabtu, lusa ialah hari…
  • Ahad
  • Isnin
  • Selasa
  • Jumaat
HOTEL FORTUNA MEMERLUKAN ANDA!!!!
Adakah anda seorang yang peramah? Adakah anda suka bertemu dan bersosial
dengan orang ramai? Adakah anda seorang yang cekap dan bersedia untuk bekerja
malam? Jika jawapan anda ialah ‘ya’ dan anda berumur antara 20-30 tahun, Hotel
Fortuna mungkin mempunyai pekerjaan yang sesuai dengan anda. Jawatan
pengurus di waktu malam ialah jawatan sementara dan selain daripada gaji bulanan
sebanyak RM800.00 anda akan dibayar elaun pekerjaan malam. Gaji anda juga
mungkin akan dinaikkan sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja di hotel
sebelum ini. Pihak pengurusan Hotel Fortuna tidak memilih jantina asalkan calon
tersebut mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan di atas. Sekiranya anda
pandai bercakap lebih daripada satu bahasa asing selain daripada bahasa ibunda
anda, anda akan mendapat pertimbangan. Jangan berlengah lagi.
Hubungilah Encik Hashim Idris,
Hotel Fortuna,
Nombor telefon: 04-3350829
ataupun hantarlah permohonan anda kepada:

Encik Hashim Idris,
Hotel Fortuna,
51-55 Jalan Benua,
451920 Kuala Lumpur.
Permohonan ini ditutup pada 28 Mei 2002.

Benar Salah
7 Iklan di atas ialah mengenai permohonan pekerjaan. [1]
8 Jawatan ini ialah untuk pengurus pada waktu siang. [1]
9 Selain daripada gaji setiap bulan, pekerja akan mendapat elaun. [1]
10 Hotel Fortuna lebih suka mengambil pekerja lelaki. [1]
11 Kebolehan menggunakan bahasa asing diberi pertimbangan. [1]
12 Ada satu saja cara untuk menghubungi Encik Hashim Idris. [1]

Siapakah yang menyaksikan kemalangan ini?
Seorang pelajar lelaki berumur 10 tahun telah mendapat cedera parah dalam satu
kemalangan pada 27 April 2002. Peristiwa ini berlaku pada jam 2.30 petang ketika
pelajar tersebut sedang berjalan pulang dari sekolah. Penunggang motosikal yang
melanggarnya juga jatuh tetapi dikatakan menunggang motosikalnya semula dan
terus memecut ke arah bandar. Menurut seorang saksi, motosikal ini berwarna merah
dan pemandunya tidak memakai topi keledar.
Pihak polis sedang membuat penyiasatan dan memerlukan lebih banyak maklumat
mengenai kemalangan ini. Sesiapa yang menyaksikan kejadian ini atau mempunyai
apa-apa maklumat mengenai penunggang motosikal tersebut, sila hubungi:
Balai Polis Simpang Dua,
No. Tel: 04:5617822

13 Pengumuman di atas ialah mengenai…
  • kemalangan
  • perlumbaan motosikal
  • pelajar sekolah
  • cara berjalan dengan selamat

14 Peristiwa tersebut berlaku semasa...
  • pelajar itu sedang dalam perjalanan ke sekolah
  • penunggang motosikal sedang pulang dari sekolah
  • pelajar itu sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah
  • penunggang motosikal sedang berjalan pulang
15 Pilih jawapan yang betul:
  • Pelajar yang terlibat tidak cedera
  • Tidak ada saksi yang melihat kemalangan itu berlaku
  • Penunggang menolong pelajar sebelum memecut ke arah bandar
  • Polis ingin menghubungi sesiapa yang menyaksikan kemalangan tersebut
16 Menurut pengumuman di atas penunggang motosikal melakukan sekurang-kurangnya satu
kesalahan, iaitu:
  • menunggang motosikal tanpa lesen
  • tidak memasang lampu semasa menunggang motosikal
  • tidak memakai topi keledar keselamatan
  • penunggang motosikal menghubungi polis
17 Lihat peta di bawah. Ceritakan kepada kawan anda perjalanan anda dari rumah ke sekolah.
Bagaimanakah anda pergi ke sekolah setiap hari dan apakah yang anda lihat di sepanjang jalan.
Sebutkan semua yang anda nampak dalam perjalanan anda.
Jalan Sungai

Exercise 1 Questions 18–26
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Angin semakin kuat meniup dan langit semakin gelap. Ali keseorangan di rumah dan
dia semakin gelisah kerana lampu rumah kesemuanya padam apabila tiang lampu di
jalan raya tumbang ditimpa pokok kelapa. Tidak pernah ibu dan bapanya lambat
pulang seperti ini. Biasanya mereka akan menelefon. Tapi, mungkin telefon juga
rosak! Ali meluru ke bilik depan dan mengangkat gagang telefon. Memang betul.
Telefon juga rosak dan Ali rasa menyesal tidak mahu mengikut ibu dan bapanya ke
rumah neneknya pagi tadi. Biasanya kalau pulang ke rumah nenek pada waktu pagi,
mereka sudah pun sampai di rumah pada pukul lima atau enam petang.
Ali tabahkan hati dan selepas menutup semua tingkap dan pintu rumahnya, dia duduk
di kerusi empuk di ruang tamu untuk menunggu kepulangan ibu bapanya. Dia
memasang lilin yang memang sedia ada di atas meja untuk malam-malam seperti ini.
Nasib baiklah mereka sentiasa bersiap sedia. Kata orang tua-tua, sediakan payung
sebelum hujan.
Dalam cahaya lilin yang tidak begitu terang itu, Ali cuba membuat kerja sekolahnya.
Matanya mula mengantuk tetapi sekali sekala dia terjaga apabila guruh dan petir
sabung-menyabung. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tetapi ibu bapanya
entah di mana.
Tiba-tiba kedengaran pintu dapur dibuka orang. Dan dengan sekelip mata suatu
lembaga menjelma di sisi Ali dan sebelum Ali dapat menjerit, lembaga itu
mengangkat tubuh kerdil Ali dan menggoncang-goncang badannya. Ali menjerit tetapi
suaranya tidak keluar. Dia cuba melihat rupa lembaga itu tetapi setiap kali dia
menoleh kepadanya, dia ditampar beberapa kali. Lembaga itu memaksa Ali duduk di
meja dan memegang tangannya kuat-kuat. Dia tidak nampak apa-apa dalam
kegelapan itu, tetapi tangannya seperti dibakar dan dia menjerit lagi sambil merontaronta.
Sekali lagi dirasa mukanya ditampar dan tubuhnya digoyang-goyang. Dia
memberanikan diri untuk membuka matanya. Rupa-rupanya orang yang
menamparnya ialah ayahnya sementara ibunya yang menggoyang tubuhnya. Apabila
tersedar bahawa dia tertidur dan hanya bermimpi, Ali terus ketawa. Lampu sudah
terpasang semula, dan Ali ternampak kesan terbakar di tangan apabila lilin panas
menitik ke atas tangannya. Selagi ada tanda melecur ini, Ali tidak akan lupa peristiwa
pada malam ribut ini.

Jawab soalan-soalan berikut ini:
18 Mengapakah semua lampu di rumah Ali terpadam?
.................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................[2]
19 Mengapakah Ali meluru ke bilik depan?
.............................................................................................................................................[1]
20 Ibu bapa Ali pergi ke mana?
.............................................................................................................................................[1]
21 Apakah yang disiapkan oleh ibu dan bapa Ali untuk malam-malam ribut seperti ini?
.............................................................................................................................................[1]
22 Bagaimanakah keadaan Ali semasa membuat kerja sekolahnya?
.............................................................................................................................................[1]
23 Apakah yang dibuat oleh ibu bapa Ali semasa mendapatinya tertidur?
.................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................[2]
24 Mengapakah Ali cuba menjerit?
.............................................................................................................................................[1]
25 Apakah yang sentiasa mengingatkan Ali akan malam ribut ini?
.............................................................................................................................................[1]
26 Apakah maksud ‘sediakan payung sebelum hujan’?
.................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................[2]
[Total : 12]

Exercise 2 Questions 27–30

Baca surat di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang berikutnya:
Badrol bin Hassan,
10 Jalan Kota Lama,
Kota Lama,
Kuantan,
102042 Pahang
23 Mei 2002
Kepada:
Ketua,
Majlis Perbandaran Kota Lama,
Kota Lama,
Kuantan, Pahang
Tuan/Puan,
Per: Sampah-sarap tidak dikutip
Saya sebagai penduduk Kota Lama ingin menarik perhatian tuan/puan kepada masalah
sampah yang semakin menimbun di simpang Jalan Kota Lama/Jalan Kemboja. Terakhir sekali
pihak Majlis Perbandaran datang untuk mengutip sampah ialah pada 10 Mei lalu.
Oleh kerana sampah yang semakin banyak, penduduk sekitar kawasan ini tidak tahan lagi
dengan bau busuk yang datang dari tempat ini. Yang memburukkan lagi keadaan ialah lalat
yang semakin banyak. Dan inilah yang menimbulkan kebimbangan kami kerana kebersihan
yang tidak dijaga akan membawa penyakit.
Saya, bagi pihak penduduk di sini, meminta kerjasama pihak tuan/puan untuk membuang
sampah ini secepat mungkin.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
(Badrol bin Hassan)

Jawab soalan-soalan di bawah ini:
27 Apakah yang menyebabkan penulis menulis surat di atas?
.............................................................................................................................................[1]
28 Bilakah hari terakhir sampah dikutip di kawasan Jalan Kota Lama?
.............................................................................................................................................[1]

29 Apakah dua masalah yang timbul daripada timbunan sampah yang tidak dikutip?
.................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................[2]
30 Semasa anda bercuti di Malaysia, anda tinggal bersama keluarga kawan anda. Mereka
telah menjaga anda dengan baik dan anda sungguh seronok bersama mereka sepanjang
masa cuti itu. Sebaik sahaja anda tiba di rumah anda, tulis sepucuk surat kepada kawan
anda untuk mengucapkan terima kasih. Antara kandungan lain ialah:
(a) Ceritakan perjalanan pulang dari Malaysia.
(b) Ceritakan apa yang anda buat sejak pulang dari Malaysia.
(c) Jemput kawan anda untuk melawat anda dan cadangkan dua aktiviti yang mungkin
anda lakukan semasa kawan anda melawat anda.
Panjang surat 110-140 perkataan.

...........................................................................................................................................[20]
[Total : 24]

Exercise 1 Questions 31–36
Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pilih satu jawapan yang betul:
31 Hilmy hampa kerana...
tidak dapat masuk universiti
ibu bapanya memarahinya
Salina tidak memberi nasihat
gurunya menasihatinya untuk mengambil bidang sains [2]
32 Siapakah Hilmy kepada Salina?
kenalan
abang
anak
murid [2]
Salina: Kegagalanmu dalam peperiksaan itu bukan bererti bahawa segala-galanya sudah berakhir. Engkau
tidak seharusnya menyesali diri sendiri. Kak Salina tahu, malahan emak dan ayahmu pun tahu bahawa
engkau sudah berusaha secukupnya. Emak dan ayahmu tidak pernah memarahi engkau atas
kegagalanmu itu.
Hilmy: Saya berasa sungguh hampa, Kak Salina. Kalau lulus saya ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini
mungkin disebabkan kesilapan saya sendiri kerana memilih bidang sains. Rupa-rupanya saya tidak
mampu menyaingi pelajar lain dalam bidang ini. Dengan kegagalan ini masa depan saya akan menjadi
gelap.
Salina: Jangan mudah putus asa, Hilmy. Cuba kau lihat Kak Salina sendiri. Pelajaran Kak Salina pun tidak
setinggi mana.
Hilmy: Tetapi Kak Salina sudah menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Kak Salina mempunyai
sebuah kilang perusahaan batik sendiri.
Salina: Ya, Kakak bersyukur atas segala pemberian Tuhan kepada Kakak. Tetapi untuk pengetahuan Hilmy,
Kakak tidak pernah menyesal kerana tidak memasuki menara gading dahulu. Kakak terpaksa berhenti
sekolah kerana orang tua Kakak tidak berupaya membiayai persekolahan Kakak sehingga ke peringkat
menengah atas. Hendak masuk universiti? Jauh panggang dari api.
Hilmy: Kalau begitu, bagaimana Kakak boleh menempa kejayaan seperti ini?
Salina: Dari Kuala Lumpur Kakak berhijrah ke Kota Bharu dan tinggal bersama emak saudara Kakak. Dia telah
menyuruh kakak bekerja sambil belajar di sebuah kilang batik di sana. Selama 11 tahun Kakak
bergelumang dengan kerja-kerja memperoses kain batik, sehingga Kakak dapat memahami segala
selok-belok perusahaan tersebut. Kini, Kakak sudah dapat berdikari.
Hilmy: Apakah nasihat Kakak kepada saya untuk berjaya dalam hidup pada masa hadapan?
Salina: Kakak difahamkan bahawa Hilmy berminat dalam bidang seni ukir. Kebetulan pula Kakak mempunyai
seorang rakan yang baru saja membuka perusahaan membuat cenderamata yang dibuat daripada
bahan logam. Kalau setuju, Kakak akan masukkan Hilmy bekerja sambil belajar di syarikat kawan Kakak
itu. Perusahaan ini amat berpotensi.
Hilmy: Ya, saya baru teringat akan kata-kata cikgu tempoh hari. Cikgu memberitahu saya bahawa negara kita
Malaysia kini sedang menuju ke arah pencapaian wawasan 2020. Dalam tahun 2020 nanti Malaysia
akan menjadi sebuah negara industri di rantau ini.
Salina: Benar kata-kata cikgu itu. Untuk mencapai wawasan tersebut, rakyat Malaysia tidak sepatutnya
menumpukan perhatian kepada bidang akademik saja. Pelbagai bidang kemahiran perlu kita teroka
bersama.

Pilih satu jawapan yang betul:
31 Hilmy hampa kerana...
  • tidak dapat masuk universiti
  • ibu bapanya memarahinya
  • Salina tidak memberi nasihat
  • gurunya menasihatinya untuk mengambil bidang sains [2]
32 Siapakah Hilmy kepada Salina?
  • kenalan
  • abang
  • anak
  • murid
33 Salina menasihati Hilmy supaya...
  • tidak berputus asa
  • belajar di universiti
  • bekerja di kilang Kak Salina
  • mengambil peperiksaan sekali lagi [2]
34 Satu pernyataan mengenai Salina di bawah ini benar:
  • berpelajaran tinggi
  • tidak pernah tinggal di Kota Bharu
  • bekerja sambil belajar dalam perusahaan batik
  • mempunyai minat dalam seni ukir [2]
35 Menurut Salina, matlamat wawasan 2020 akan dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia
melibatkan diri dalam bidang...
  • akademik semata-mata
  • perindustrian semata-mata
  • akademik dan pelbagai bidang kemahiran
  • perniagaan batik dan cenderamata
36 Apakah yang dimaksudkan oleh peribahasa jauh panggang dari api?
  • sesuatu yang tidak mungkin tercapai
  • sesuatu yang hendak dipanggang tidak akan masak jika jauh dari tempat
  • membakar
  • untuk menjaga keselamatan harta benda, kita haruslah menjauhi bahaya api
  • sama dengan peribahasa “jangan bermain api”
Exercise 2 Questions 37–43
Baca petikan di bawah ini dan kemudian tanda jawapan yang betul.

PROTON WAJA LAMBANG KEMERDEKAAN
16
0546/2/M/J/02
Kemerdekaan yang ke-43 mencatatkan
kejayaan manis bagi industri automotif negara
apabila Proton (Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad) melahirkan Proton Waja.
Kelahirannya pada hari ulangtahun
kemerdekaan alaf baru ini merupakan satu detik
yang bersejarah bagi negara memandangkan
keupayaan industri automotif negara mencapai
misinya melahirkan kereta buatan tempatan
sepenuhnya.
Proton Waja juga adalah lambang
‘kemerdekaan’ bagi industri automotif negara
kerana model itu lahir tanpa bantuan ‘orang
asing’, seperti negara Jepun.
Seramai 300 jurutera tempatan mengambil
masa 36 bulan, 1.7 juta jam bekerja untuk
melahirkan Proton Waja.
Mengimbas kembali sejarah, Proton telah
ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dan ia mengambil
masa dua tahun untuk melancarkan kereta
pertama, Proton Saga pada tahun 1985.
Orang yang bertanggungjawab di atas
penubuhan dan kejayaan Proton ialah Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Cabaran dan dorongan beliau selama ini telah
memacu Proton untuk melahirkan beberapa
model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira,
Putera, Perdana, Satria GTi dan Perdana V6 dan
akhir sekali Waja.
Bukan sahaja Proton yang mencatatkan
kejayaan selama ini. Perodua yang ditubuhkan
pada 1 Ogos 1994 turut menjulang nama
Malaysia di persada industri automotif dunia.
Proton dan Perodua bersama-sama
memajukan industri automotif negara dan
menyumbangkan pendapatan yang bukan
sedikit kepada negara selain membawa imej ke
serata dunia. Industri automotif negara telah
berkembang pesat bagi tempoh 17 tahun dan
menunjukkan kematangan yang sebenar.
Proton masih mendominasi pasaran bagi
segmen kereta penumpang dengan menguasai
65 peratus manakala Perodua menguasai 27
peratus.
Dari segi harga, kereta buatan nasional
memang menjadi pilihan.
Proton boleh diumpamakan sebagai seorang
pelajar yang berusia 17 tahun – ia memerlukan
masa yang lebih panjang untuk mencapai tahap
kematangan sebenar. Malaysia masih
memerlukan masa untuk benar-benar
menghasilkan 100 peratus kereta nasional
dengan komponen-komponen tempatan.

Jawab soalan-soalan berikut ini:
37 Mengapakah kelahiran Proton Waja dianggap sebagai detik bersejarah bagi Malaysia?
(i) .....................................................................................................................................[1]
(ii) .....................................................................................................................................[1]
38 Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘orang asing’ dalam petikan di atas?
.............................................................................................................................................[1]
39 Apakah peranan Perdana Menteri dalam industri otomobil Malaysia?
.............................................................................................................................................[1]
40 Petikan di atas ialah mengenai industri otomobil negara Malaysia. Namakan industrinya.
(i) .....................................................................................................................................[1]
(ii) .....................................................................................................................................[1]
41 Di Malaysia, apakah faktor yang menjaminkan bahawa Proton menjadi pilihan pengguna?
.................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................[2]
42 Pada pendapat anda, apakah sumbangan Proton kepada negara?

(i) .....................................................................................................................................[1]
(ii) .....................................................................................................................................[1]
43 Mengapakah penulis membandingkan pencapaian Proton dengan pelajar 17 tahun?
.............................................................................................................................................[1]
[Total : 11]

Isikan perkataan yang betul dalam tempat-tempat kosong di dalam petikan di bawah.
KUALA LUMPUR (Isnin): Dua orang pelajar sebuah sekolah menengah telah
(44) ............................... hilang semasa dalam lawatan (45) ............................... belajar di Pulau
Musang. Menurut seorang jurucakap polis, mereka telah terpisah (46) ...............................
rombongan Sekolah Menengah Sungai Dua, Perak semasa (47) ............................... membeli
belah di sebuah pasar.
Manisah binti Omar, 14 dan Lee Chee Ann, 13, (48) ............................... Tingkatan Dua di
sekolah itu telah dilaporkan hilang oleh guru mereka, Encik Samsudin Salleh apabila usaha
mencari mereka (49) ............................... dua jam gagal. Menurut Encik Samsudin, “Kami telah
(50) ............................... ibu bapa mereka untuk mengetahui sama ada mereka telah menelefon
ataupun pulang ke rumah. Nampaknya mereka tidak (51) ............................... demikian.”
Beliau menambah bahawa pihak sekolah dan juga ibu bapa semakin
(52) ............................... .
Rombongan sambil belajar itu telah (53) ............................... dari Sungai Dua, empat hari
yang (54) ............................... . (55) ............................... pelajar yang dilaporkan hilang itu adalah
antara 35 orang pelajar yang ditemani empat orang guru. Mereka dijangka akan pulang esok.
Terakhir sekali Manisah dilihat oleh kawan-kawan dan guru-gurunya, dia
(56) ............................... seluar panjang hitam dan baju kuning berjalur hijau. Dia juga memakai
tudung (57) ............................... putih. Chee Ann pula memakai seluar panjang putih dan berbaju
tangan pendek berwarna merah.

Ketika dihubungi, ibu bapa Manisah merayu kepada kedua orang pelajar itu
(58) ............................... pulang dengan segera.

“Kalau mereka (59) ............................... kesusahan, mereka mestilah menghubungi pihak
polis. Saya risau mereka dalam keadaan bahaya,” kata Puan Rohaya Aziz, 43.
Encik Lee Tuan Cheng, 44 dan isterinya, Puan Lee Sui Lee, 43, juga merasa
(60) ............................... terhadap kehilangan anak tunggal (61) ............................... . Katanya,
“Chee Ann menelefon kami semalam (62) ............................... memberitahu bahawa dia
sungguh seronok terlibat dalam lawatan ini. Banyak yang telah dipelajarinya. Saya tidak faham
(63) ............................... dia lesap begitu sahaja dan tidak menelefon kami lagi.”
[Total : 10]

No comments:

Post a Comment