[Perkogsian] Cara Saya Dapat Jualan di Clickbank
source
Salam, sekadar ingin berkongsi, saya tengok banyak thread yang bertanya bagaimana nak dapat jualan di Clickbank. Jadi saya harap tulisan saya ni dapat membantu.
Mengikut pengalaman saya, teknik yang terbukti berkesan yang telah saya buat adalah tulis article dan postkan ke EZA (Ezinearticles.com) atau GoArticles.
Tetapi bukan main tulis jer... ada rahsianya.
Caranya begini:
Pilih keyword yang saudara nak target, pastikan keyword tu long tail dan mendapat carian tinggi. Sebagai contoh long tail, jika saudara jual produk Panic Away, jangan target keyword, "panic attack" itu terlalu sempit dan competition tinggi. Target keyword, "how to control panic attack". Itu long tail.
Untuk cari keyword long tail sebegini saya syorkan saudara guna tool percuma ini:
http://labs.wordtracker.com/keyword-questions/
Taipkan main keyword yang berkaitan dengan produk yang saudara promote. Sebagai contoh jika promote Panic Away, taipkan "Anxiety" atau "panic attack" maka ia akan keluar soalan-soalan yang selalu mendapat carian di google berkenaan keyword tersebut contohnya begini:
http://labs.wordtracker.com/keyword-...&commit=Search
Pilih keyword yang saudara mahukan kemudian search sendiri di google untuk melihat berapa banyak competition keyword tersebut. Maksud competition disini bukanlah melihat kepada jumlah hasil carian, itu tidak penting sangat (ramai yang silap kat sini). Competition disini adalah dengan melihat senarai Top 10 laman web yang keluar hasil dari carian tersebut.
Jika kebanyakkan laman web adalah laman web authority, sebagai contoh, WebMD, Askmen dan lain-lain, maka lebih baik saudara pilih keyword lain. Kerana untuk mendapat ranking di top 10 dengan bersaing bersama laman web authority sangat sukar (bukan tak boleh tapi sukar).
Jika terdapat article dari EZA dari senarai result carian tu, Aha! itu petanda baik! Maknanya kita boleh rank di keyword tersebut dengan mudah.
Kemudian tugas seterusnya adalah; saudara tulis artikel berkenaan keyword yang saudara pilih. Pastikan artikel saudara terdapat keyword (long tail tersebut) di Tajuk, permulaan ayat, Tengah2 dan penutup. Sebagai contoh jika saudara pilih keyword; "how to control panic attack" saudara boleh buat macam ni:
Tajuk:
How to control panic attack in 10 easy steps
Perenggan Pertama:
Are you looking for tips on how to control panic attack? If you answer yes to that question then you're at the right place. bla bla bla....
Pertengahan Ayat:
Another tips on how to control panic attacks you can try is... bla bla bla
Penghujung ayat:
I hope you understand now how to control panic attacks easily without bla bla bla....
==============================
Jika saudara perhatikan setiap perenggan tersebut ada keyword yang saya masukkan. Tetapi saudara jangan masukkan keyword terlalu banyak kerana EZA akan reject article tersebut, kerana dianggap melakukan keyword stuffing. Masukkan seperti yang saya sarankan sahaja.
Jangan lupa meletakkan Author's Bio yang menarik perhatian. Disinilah tempat saudara boleh letakkan link ke laman web saudara. Saudara tidak boleh letak affiliate link terus, tetapi kena guna domain saudara (top domain) dan redirect ke affiliate site.
Kemudian saudara post article tu dan tunggu EZA approve.
Jika saudara tidak pandai menulis artikel saudara boleh outsource di digitalpoint atau dengan mana2 penulis artikel. Saya sendiri boleh tulis artikel dengan baik tapi saya akan outsource jugak kerana dengan ini, saya boleh fokus kepada benda lain. Saya lebih rela dapat komisyen RM20 dengan membayar orang lain RM19 untuk melakukannya dari 100% guna tenaga saya. Biarlah untung RM1 pun.
Lagipun artikel tu tak rugi kerana once kita dah rank tinggi di search engine selalunya satu article boleh dapat 1-2 sale sehari kalau kena caranya.
EZA articles sangat bagus untuk rank tinggi di Google kerana ianya boleh dianggap authority site dan dipercayai oleh Google. Ini kerana EZA memantau artikel yang di postkan bagi menepati standard tertentu.
Jangan terkejut jika saudara dapati artikel saudara berada di top 10 dalam masa beberapa jam selepas di approve oleh EZA! Tapi jangan happy sangat, itu sementara jer. Google memang cmtu, dia suka content2 baru jadi dia akan listkan terus ke first page. Tapi lama kelamaan ranking akan jatuh dengan mendadak.
Ok langkah seterusnya yang saudara boleh lakukan adalah dengan memastikan article saudara "lekat" pada first page keyword tersebut di Google. Caranya? Bina seberapa banyak link ke article tersebut. Pastikan saudara meletakkan anchor text mengikut keyword yang saudara target itu.
Jika saya terpaksa start dari kosong balik dalam internet marketing, cara ni yang saya akan gunakan. Free (jika tulis sendiri) dan efektif. Banyak lagi tips yang boleh saya kongsi, tapi stakat ni je la rasanya.. Dah panjang sangat ni.. Hehe. Ada soalan boleh tanya, saya sudi berkongsi.
P.S. Jangan la tanya screen shot earnings
====
terima kasih bro,
sy pon masih dalam fasa menyiapkan artikel untuk EZA. Ada masalah untuk sambungkan artikel ke merchant page since ezine tak benarkan link affiliate. Look like kena wujudkan another landing page, or beli domain. Ada option lain yg mungkin bro leh kongsi?
====
idan - saudara boleh beli domain dan redirect dari top level domain ke vendor. Ataupun buat review site, cara ni lebih efektif. Cuma pastikan review tu tak terlalu hype up, menerangkan dengan jelas berkenaan produk tersebut (dan sedikit kelemahan).
=====
ama - saudari boleh upah mana2 article writer dengan bayaran minima $0.007 - $0.04 per words. Tapi kena pandai cari la. Ada ramai penulis dari india bagi harga artikel murah2, tapi kualiti teruk. Bila dah jumpa satu penulis yang baik, jaga dia, simpan elok2
===
Thanks mzm.
Saya boleh bagi segala panduan selagi termampu, tapi yang penting bukan panduan tu, tapi tindakkan anda.
Adakah anda cuma baca sahaja atau applikasikannya?
===
Lsi?
Keyword yang saya maksudkan adalah long tail keyword. Contoh adalah seperti diatas.
===
Salam,
Info yang bagus. Article marketing memang antara cara yang baik untuk promosi.
===
Ya, EZA kena original content. Kalau pakai PLR articles mungkin ada orang dah guna awal2 untuk tujuan lain dan dah ada di search result jadi ianya dianggap duplicate content. Seperti yang saya katakan EZA perlu menjaga kualiti articlenya supaya di "pandang tinggi" oleh Google. Kalau nak guna saya syorkan Zairi rewrite balik. Upah orang rewrite pun ok, murah je.
===
nuruddeen, terima kasih. Dah faham serba sedikit. sy gna free blog sebagai alternatif. Ezine lambat untuk terima artikel. Nasib baik bnyk lg artikel directory yg lain.Bru sja dpat 1st sale. Terujanya
Congratulations idan
===
LSI keyword (latent symantic indexing) adalah satu keyword yang semakna atau semaksud (relevant) dengan main keyword. korang boleh guna keyword research pro untuk mencari LSI. Software tu banyak membantu ak untuk dapat sale dari projek cpa.
===
same le kiter ...hehe..tp tak guna EZA pun, guna toyol lain ..title optimized, pastu backlinks dr articles site yg pr0 banyak2, dalam 20 ..insyaAllah akan lekat sales ..buat fatloss4idiots n panic-away..dalam proses nk menerjun ke dalam niche forex robot pulak..carik yg low competition, optimizekan artikel kemudian bina backlinks secara natural ..
__________________
===Terima kasih banyak-banyak !
Mungkin hanya setakat kemampuan yang saya tahu,
kerana saya newbie juga.
Cara yang hanya saya tahu, iaitu : 1) Cari produk digital, 2) Tengok keyword, 3) Create hoplink dan tukar nickname link tu, 4) tak tahu buat apa.....
haha~! Jadi biasanya kebanyakan Clickbank'er main Ezinearticle.com kan?
===
Banyak cara tak semestinya guna EZA jer.. ada guna hubpages, squidoo dan mcm2 lagi self publishing web 2.0 site dan blog percuma. Salah satu cara yang ramai guna adalah "link wheel"kan artikel2 yang tersebut. "Link wheel" ape? Google sendiri hehe...
__________________
====
inilah thread ttg teknik artikel marketing yg best!
saya akui saya mmng lemah teknik artikel marketing walaupun dah berkali2 baca buku 'bum marketing' = http://www.bummarketingmethod.com/
terimakasih atas perkongsian yg power giller nih!
p/s; lagi power klu bro;
- buat ebook mini repot dgn artikel dlm thread ni
- bagi free via opt-in page (viral marketing)
- dpt kumpul leads/bina mailing list!
===
kalo x silap, link wheel tu letak linkkan article tu sesame sendiri. leh increase conversion pasal sumenya ade hoplink cb anda.
===
Clippy returns!
3 months ago
No comments:
Post a Comment